Saturday, May 23, 2009

Malam Secangkir Budi SRISMI Al Amin Kemaman 2009

Sunday, May 17, 2009

Sekitar Mesyuarat PIBG SRIAA Kerteh pada 16 Mei 2009

KERTEH, 16 Mei ; Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al Amin Kerteh (PIBG SRIAAK) telah berlangsung awal pagi ini di dewan SRIAA Kerteh.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan dan ucapan perasmian oleh En Wan Mohd Muzani bin Wan Muda selaku wakil dari Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRIAA Kerteh.

Kemudiannya disusuli dengan persembahan video sepintas lalu aktiviti aktiviti SRIAA Kerteh sepanjang tahun lalu hingga ke bulan April 2009 dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan kebudayaan SRIAA Kerteh.

Foto 1 : Persembahan nasyid dari Kelab Kebudayaan SRIAA Kerteh


Perbincangan dalam mesyuarat PIBG kali ini berkisar mengenai gesaan ibu bapa kepada pihak sekolah untuk menyiapkan padang sekolah yang terletak di tapak bersebelahan sekolah bagi membolehkan anak anak melakukan aktiviti dengan lebih selesa. Pihak sekolah memang memandang serius perkara berkaitan dengan kerja kerja menyiapkan padang tersebut. Juga dibangkitkan ialah isu keselamatan murid murid terutamanya pada waktu pulang dari sekolah kerana laluan di hadapan pintu pagar sekolah adalah laluan utama kawasan tersebut. Turut disentuh oleh ibu bapa yang hadir ialah perlunya laman web SRIAA Kerteh sentiasa dikemaskini agar ibu bapa dapat mengetahui perkembangan terkini sekolah secara maya dan cepat.


Foto 2 : YDP PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan (sedang berucap) bersama barisan ahli jawatankuasa


Dalam majlis yang sama, dua anugerah khas telah disampaikan oleh pihak PIBG kepada dua orang guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 2000. Mereka adalah Puan Siti Mariam bt Ibrahim dan Puan Hjh Norsalwati bt Abd Manan yang telah bersama sama dengan sekolah sejak penubuhan SRIAA Kerteh lagi.

Foto 3 : Puan Siti Mariam (gambar atas) dan Puan Hjh Norsalwati (gambar bawah) menerima cenderahati dari YDP PIBG


Foto 4 : Guru guru SRIAA Kerteh.


PIBG SRIAA Kerteh mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang telah menjalankan tugas dan amanah mendidik selama ini. Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.


Mohd Sufian Mat Ali

Penerangan JIM Terengganu

Monday, April 6, 2009

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

Kenyataan Media Rasmi JIM

Saturday, March 7, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMI Al Amin Kemaman - 4.3.2009

Assalamualaikum,

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMI Al Amin Kemaman telah berlangsung pada 4 Mac 2009 di Dewan Terbuka SMI Al Amin Kemaman.



klik untuk lihat gambar lagi>>>>IHTIFAL SMI AL AMIN KEMAMAN 2009

Jazakallahu khairan kepada semua yang menjayakan majlis ini. Jumpa lagi tahun hadapan!!

PENERANGAN JIM TERENGGANU

Friday, February 6, 2009

Seminar Menangani Isu Isu Kekeluargaan Islam (SMIKI) pada 7 Feb 2009

Assalamualaikum,

Seminar Menangani Isu Isu Kekeluargaan Islam (SMIKI)
7 Februari 2009, Sabtu
Dewan Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman.




Thursday, January 29, 2009

Keindahan Bersama Mu di Kemaman...

assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 26 & 27 Jan 09 yang lalu, KBM EXCELLENCE dgn kerjasama Kelab Remaja JIM Kemaman telah mengadakan Program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) khas utk remaja sekitar daerah Kemaman bertempat di Institut Integriti Telok Kalong Kemaman. Mewakili KBM EXCELLENCE ialah abg bai, kak nina, abg fared & kak mia.

Program dimulakan dengan celoteh dan mind setting oleh abg bai, seramai 84 orang peserta telah mendaftar untuk bersama melalui pengembaraan KBM kali ini.

Turut membantu KBM kali ini ialah Fasiltator yang terdiri drpd abg-abg & kakak2 Karisma serta Mu'allim & Mu'allimah dari Al Amin Kemaman. Hampir 20 orang fasilitator yang membantu kali ini. Kesemuanya amat berbakat dan cemerlang belaka.

di antara aksi peserta, melakukan sesuatu yang barangkali jarang mereka lakukan, tetapi amat bermakna jika berjaya dilakukan.

Mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak, bermain pok amai-amai...

ini dia juara pok amai-amai peringkat daerah kemaman yang akan mewakili daerah ke peringkat Negeri :-)

Ini pula aksi beramai-ramai, pelbagai idea & persembahan yang cukup unik berjaya di berikan oleh peserta kali ini.

tidak kurang juga utk peserta yang bertudung labuh, berjaya mempamerkan aksi yang menarik & menyerlah jauh. Semua ini di lakukan semasa slot Knowing Me & Knowing You. Kemudian selepas zohor disambung pula dengan slot IN-TEAM. Pada sebelah malamnya diteruskan dengan Meniti Angin Malam 1 & 2.

Pada hari berikutnya, terdapat slot Selari, di mana terdapat Slot utk Ibu Ayah & slot utk peserta yang di asingkan tempatnya.

Kelihatan para ibu & bapa yang khusyuk mendengar perkongsian semasa slot " Menyemai Kasih Menuai Sayang " yang disampaikan oleh Abg Bai.

di sudut yang lain pula, peserta sedang bersama kak nina utk slot Time To Transform ( 3T ) atau lebih mudah dengan perkataan Hijrah.

di antara Resipi untuk mengekalkan hijrah ataupun perubahan yang telah kita gariskan adalah dengan berkongsi perubahan itu bersama sahabat2 kita. Kelihatan seorang peserta sedang berkongsi akan hijrah yang dilakarkan nya.

Barisan peserta yang telah bersedia utk bersama dengan ibu & ayah.

Beginilah kasih seorang ayah muda...

begini lah pula bukti seorang ayah Senior...

kasih Ibu & Ayah tiada berbelah bagi...

saya sayangkan emak....

Beginilah keadaannya apabila ibu & ayah peserta yang tidak dapat bersama dalam program ini, barangkali mereka ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.

inilah bukti kasih & sayang seorang ibu kepada anak2 nya...

di akhir sesi pertemuan, kami memberi peluang untuk peserta berkongsi tentang apa yang dirasai & apakah yang akan dilakukan selepas ini.

alhamdulillah, tepat jam 1.45 pm, pesawat KRJ telah pun berjaya mendarat dan berjaya menurunkan penumpang dengan selamatnya. Pihak kami mengucapkan syabas & tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menjadi peserta yang sangat taat & patuh kepada arahan juruterbang pesawat.

Di akhir program, kami juga telah mengadakan kutipan sumbangan utk palestine, dan jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 1105. Jazakumullahu khairan Kathira diucapkan atas sumbangan yang diberikan.

dipetik dari blog KBM