Saturday, May 23, 2009

Malam Secangkir Budi SRISMI Al Amin Kemaman 2009

Sunday, May 17, 2009

Sekitar Mesyuarat PIBG SRIAA Kerteh pada 16 Mei 2009

KERTEH, 16 Mei ; Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al Amin Kerteh (PIBG SRIAAK) telah berlangsung awal pagi ini di dewan SRIAA Kerteh.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan dan ucapan perasmian oleh En Wan Mohd Muzani bin Wan Muda selaku wakil dari Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRIAA Kerteh.

Kemudiannya disusuli dengan persembahan video sepintas lalu aktiviti aktiviti SRIAA Kerteh sepanjang tahun lalu hingga ke bulan April 2009 dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan kebudayaan SRIAA Kerteh.

Foto 1 : Persembahan nasyid dari Kelab Kebudayaan SRIAA Kerteh


Perbincangan dalam mesyuarat PIBG kali ini berkisar mengenai gesaan ibu bapa kepada pihak sekolah untuk menyiapkan padang sekolah yang terletak di tapak bersebelahan sekolah bagi membolehkan anak anak melakukan aktiviti dengan lebih selesa. Pihak sekolah memang memandang serius perkara berkaitan dengan kerja kerja menyiapkan padang tersebut. Juga dibangkitkan ialah isu keselamatan murid murid terutamanya pada waktu pulang dari sekolah kerana laluan di hadapan pintu pagar sekolah adalah laluan utama kawasan tersebut. Turut disentuh oleh ibu bapa yang hadir ialah perlunya laman web SRIAA Kerteh sentiasa dikemaskini agar ibu bapa dapat mengetahui perkembangan terkini sekolah secara maya dan cepat.


Foto 2 : YDP PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan (sedang berucap) bersama barisan ahli jawatankuasa


Dalam majlis yang sama, dua anugerah khas telah disampaikan oleh pihak PIBG kepada dua orang guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 2000. Mereka adalah Puan Siti Mariam bt Ibrahim dan Puan Hjh Norsalwati bt Abd Manan yang telah bersama sama dengan sekolah sejak penubuhan SRIAA Kerteh lagi.

Foto 3 : Puan Siti Mariam (gambar atas) dan Puan Hjh Norsalwati (gambar bawah) menerima cenderahati dari YDP PIBG


Foto 4 : Guru guru SRIAA Kerteh.


PIBG SRIAA Kerteh mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang telah menjalankan tugas dan amanah mendidik selama ini. Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.


Mohd Sufian Mat Ali

Penerangan JIM Terengganu