Assalamualaikum,
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMI Al Amin Kemaman telah berlangsung pada 4 Mac 2009 di Dewan Terbuka SMI Al Amin Kemaman.
klik untuk lihat gambar lagi>>>>IHTIFAL SMI AL AMIN KEMAMAN 2009
Jazakallahu khairan kepada semua yang menjayakan majlis ini. Jumpa lagi tahun hadapan!!
PENERANGAN JIM TERENGGANU
Saturday, March 7, 2009
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMI Al Amin Kemaman - 4.3.2009
Posted by
sufi.mardhatillah
at
11:44 PM
0
comments
Friday, February 6, 2009
Seminar Menangani Isu Isu Kekeluargaan Islam (SMIKI) pada 7 Feb 2009
Assalamualaikum,
Seminar Menangani Isu Isu Kekeluargaan Islam (SMIKI)
7 Februari 2009, Sabtu
Dewan Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman.
Posted by
sufi.mardhatillah
at
8:31 PM
0
comments
Thursday, January 29, 2009
Keindahan Bersama Mu di Kemaman...
assalamualaikum wrt.
alhamdulillah, pada 26 & 27 Jan 09 yang lalu, KBM EXCELLENCE dgn kerjasama Kelab Remaja JIM Kemaman telah mengadakan Program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) khas utk remaja sekitar daerah Kemaman bertempat di Institut Integriti Telok Kalong Kemaman. Mewakili KBM EXCELLENCE ialah abg bai, kak nina, abg fared & kak mia.Program dimulakan dengan celoteh dan mind setting oleh abg bai, seramai 84 orang peserta telah mendaftar untuk bersama melalui pengembaraan KBM kali ini.
Turut membantu KBM kali ini ialah Fasiltator yang terdiri drpd abg-abg & kakak2 Karisma serta Mu'allim & Mu'allimah dari Al Amin Kemaman. Hampir 20 orang fasilitator yang membantu kali ini. Kesemuanya amat berbakat dan cemerlang belaka.
di antara aksi peserta, melakukan sesuatu yang barangkali jarang mereka lakukan, tetapi amat bermakna jika berjaya dilakukan.
Pada hari berikutnya, terdapat slot Selari, di mana terdapat Slot utk Ibu Ayah & slot utk peserta yang di asingkan tempatnya.
Di akhir program, kami juga telah mengadakan kutipan sumbangan utk palestine, dan jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 1105. Jazakumullahu khairan Kathira diucapkan atas sumbangan yang diberikan.
dipetik dari blog KBM
Posted by
sufi.mardhatillah
at
5:08 AM
0
comments
Wednesday, December 31, 2008
GAZA Diserang !! Apa Tindakan Kita?
Assalamu’alaykum, sahabat-sahabat semua, Sedarkah kita, saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, kini sedang terbunuh dan tercedera dalam pengeboman dan hentaman serangan paling dahsyat yang pernah Israel lancarkan ke atas orang Palestin?
Tentera Israel telah mula menyerang dengan bom-bom roket udara pada hari Sabtu, 27 Disember 2008, kononnya hendak menghapuskan pengoperasian Hamas yang menghantar roket-roketnya ke dalam Israel.
Rakyat Gaza sejumlah 1.5 juta dikejutkan awal pagi Sabtu dengan serangan itu, yang meragut nyawa anak-anak kecil serta para wanita dalam masa kurang dari setengah jam. Satu dunia telah mengecam serangan Israel itu.
Perhimpunan tunjuk perasaan telah diadakan dihadapan kedutaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Jordan, rakyat Lebanon berhimpun dan menyalakan tayar-tayar kenderaan, pelarian Palestin di Syria juga mengadakan bantahan. Mesir telah membuka sempadan di Rafah untuk menerima orang Palestin yang cedera. Presiden European Union (E.U) telah menyeru agar Israel segera menghentikan serangannya ke atas Gaza. PBB pula menggesa Israel untuk mengelakkan kecederaan terhadap orang awam. Pertemuan kecemasan (emergency meeting) telah diadakan oleh semua Menteri Luar Negara negara-negara Arab.
Walaubagaimanapun, dunia dikejutkan lagi oleh serangan udara kedua pada hari Ahad, menjadikan jumlah yang terbunuh melebihi 270. Hospital-hospital di Gaza dipenuhi dan tidak dapat menanggung bilangan yang tercedera. Israel telah mempertahankan tindakannya, mengatakan Hamas menghantar roket-roket yang menggugat rakyatnya.
Perhimpunan tunjuk perasaan diadakan buat kali kedua di kebanyakan negara Islam seperti Jordan, Libya, Iraq, Mesir, Lebanon dan lain-lain. Hari ketiga, Isnin, jelas menunjukkan pendirian Israel yang ‘tak makan saham’ dengan tentangan serta bantahan dari kebanyakan negara dunia. Israel dengan tidak malunya mempertahankan lagi tindakannya dengan menyatakan bahawa tujuan mereka menyerang adalah untuk menghentikan operasi roket yang dilancarkan Hamas ke dalam Israel. Mereka berniat untuk meneruskan serangan beberapa hari lagi bagi menghapuskan kekuatan Hamas secara total. 
Express your solidarity through any means possible!!
Allahu Akbar!!
Posted by
sufi.mardhatillah
at
1:48 PM
0
comments
Monday, September 15, 2008
Majlis Berbuka Puasa JIM Kemaman.
Assalamualaikum,
Tarikh : 19 Sept 08 / 19 Ramadhan 1429H
Tempat : Al Amin Kemaman
Sebarang pertanyaan hubungi JIM Kemaman.
Posted by
sufi.mardhatillah
at
11:11 PM
0
comments