By clicking 'Check out your message ➔', you agree that an account will be created for you on Twoo. You accept our Terms & Conditions and our Privacy Policy, including our Cookie use, and you agree to receive e-mail notifications about your account, which you can unsubscribe from at any time.
Don't want to receive these e-mails anymore? Click here. Massive Media Match NV, Emile Braunplein 18, 9000 Ghent, Belgium BE0537240636. info-en@twoo.com
By clicking 'Check out your message ➔', you agree that an account will be created for you on Twoo. You accept our Terms & Conditions and our Privacy Policy, including our Cookie use, and you agree to receive e-mail notifications about your account, which you can unsubscribe from at any time.
Don't want to receive these e-mails anymore? Click here. Massive Media Match NV, Emile Braunplein 18, 9000 Ghent, Belgium BE0537240636. info-en@twoo.com
By clicking 'Check out your message ➔', you agree that an account will be created for you on Twoo. You accept our Terms & Conditions and our Privacy Policy, including our Cookie use, and you agree to receive e-mail notifications about your account, which you can unsubscribe from at any time.
Don't want to receive these e-mails anymore? Click here. Massive Media Match NV, Emile Braunplein 18, 9000 Ghent, Belgium BE0537240636. info-en@twoo.com
Sila ambil perhatian tntg perkara di bawah. JKBR Pusat akan melawat Terengganu pd 20 okt.
Insya Allah ana akan panggil mesyuarat sekali dgn retreat utk menetapkan Perancangan Strategik dan KPI JKBR Belia Negeri Terengganu.
Justeru itu ana harap semua daerah akan juga bersidang utk menetapkan Perancangan Stategik Daerah masing2 seberapa segera yg mungkin. Insya Allah kita akan selaraskan semua program diperingkat Negeri nanti.
Kak Masita,
Ada tak no email Hanafi dan Soh ?
JZKK.
Muzahar Hitam Pengerusi Remaja & Belia IKRAM TRG. Timb Pengerusi JK Pembelaan Umat Sejagat IKRAM TRG. TYDP /Pengerusi Tarbiah Daerah Kemaman.
---------- Forwarded message ---------- From: "Shahrul Aman MS" <shahrulaman@gmail.com> Date: Sep 21, 2012 9:59 PM Subject: [ikram-ajk-OPERASI] Fwd: JK BELIA [TERKINI] Lawatan Kerja JKBR Pusat ke Negeri To: "Ai0" <ikram-ajk-operasi@googlegroups.com>
Assalamu'alaikum wrt wbt
Mohon doa antum agar Lawatan Kerja JKBR yang akan bermula esok berjalan penuh barakah, merapatkan saf Belia & Remaja dan memacu lagi usaha usaha ini.
Kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Belia & Remaja (JKBR) IKRAM Negeri,
Mesyuarat khas JKBR IKRAM Pusat petang semalam telah memutuskan untuk membuat beberapa pindaan kepada tarikh-tarikh Lawatan Kerja ke Negeri-negeri (setelah mengambil kira tarikh-tarikh DPN/MJKP/program utama JKP). Jadual baru siri lawatan kerja tersebut adalah seperti berikut:
Johor – 22 Sept Selangor – 23 Sept Melaka – 1 Okt Negeri Sembilan – 8 Okt Kedah – 13 Okt (malam) Perlis – 14 Okt (pagi) Pulau Pinang – 14 Okt (petang) Kelantan – 20 Okt (pagi) Terengganu – 20 Okt (malam) Pahang – 21 Okt (pagi) Wilayah Persekutuan - 22 Okt Sarawak (Kuching, Miri & Bintulu) – 3-4 Nov Perak – 11 Nov Sabah – 24-25 Nov
Sasaran kehadiran: 1. Pengerusi dan Ahli-ahli JKBR Negeri 2. Pengerusi dan Ahli-ahli JKBR Daerah 3. Penggerak IKRAMTeens Negeri dan Daerah 4. Ahli Jawatankuasa Penaja GEMA Negeri (bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan)
Mesyuarat semalam juga telah memutuskan, secara asasnya agenda Lawatan Kerja tersebut adalah seperti berikut:
1. Taaruf - 15 min 2. Perkongsian resolusi Muzakarah Nasional JKBR, Struktur dan KPI (Pusat) – 30 min 3. Pembentangan Struktur Organisasi, KPI dan Program (Negeri/Daerah) – 1 jam 4. Perkongsian Cabaran, Masalah dan Keperluan daripada JKBR Pusat (Negeri/Daerah) – 1 jam 5. Penutup – 15 min
Shahrul Aman Bin Mohd Saari JKP Belia & Remaja Ikram
"Brotherhood, the Foundation Of Glory"
hp : 0 1 9 - 2 4 0 6 3 5 0
-- Ini adalah Forum OPERASI AJK IKRAM yang khusus untuk perkongsian maklumat berkaitan dengan arahan pentadbiran, arahan aktiviti dan pengumuman program
KERTEH, 16 Mei ; Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al Amin Kerteh (PIBG SRIAAK) telah berlangsung awal pagi ini di dewan SRIAA Kerteh.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan dan ucapan perasmian oleh En Wan Mohd Muzani bin Wan Muda selaku wakil dari Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRIAA Kerteh.
Kemudiannya disusuli dengan persembahan video sepintas lalu aktiviti aktiviti SRIAA Kerteh sepanjang tahun lalu hingga ke bulan April 2009 dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan kebudayaan SRIAA Kerteh.
Foto 1 : Persembahan nasyid dari Kelab Kebudayaan SRIAA Kerteh
Perbincangan dalam mesyuarat PIBG kali ini berkisar mengenai gesaan ibu bapa kepada pihak sekolah untuk menyiapkan padang sekolah yang terletak di tapak bersebelahan sekolah bagi membolehkan anak anak melakukan aktiviti dengan lebih selesa. Pihak sekolah memang memandang serius perkara berkaitan dengan kerja kerja menyiapkan padang tersebut. Juga dibangkitkan ialah isu keselamatan murid murid terutamanya pada waktu pulang dari sekolah kerana laluan di hadapan pintu pagar sekolah adalah laluan utama kawasan tersebut. Turut disentuh oleh ibu bapa yang hadir ialah perlunya laman web SRIAA Kerteh sentiasa dikemaskini agar ibu bapa dapat mengetahui perkembangan terkini sekolah secara maya dan cepat.
Foto 2 : YDP PIBG SRIAA Kerteh, En Ali bin Hassan (sedang berucap) bersama barisan ahli jawatankuasa
Dalam majlis yang sama, dua anugerah khas telah disampaikan oleh pihak PIBG kepada dua orang guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 2000. Mereka adalah Puan Siti Mariam bt Ibrahim dan Puan Hjh Norsalwati bt Abd Manan yang telah bersama sama dengan sekolah sejak penubuhan SRIAA Kerteh lagi.
Foto 3 : Puan Siti Mariam (gambar atas) dan Puan Hjh Norsalwati (gambar bawah) menerima cenderahati dari YDP PIBG
Foto 4 : Guru guru SRIAA Kerteh.
PIBG SRIAA Kerteh mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang telah menjalankan tugas dan amanah mendidik selama ini. Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.
Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.
Umum akan mengucapkan tahniah dan menyambut baik Perdana Menteri yang baru. Apa jua tanggapan lalu biasanya digantung untuk memberi peluang PM baru menetapkan gaya dan dasar kepemimpinannya. . Inilah peluang memisahkan diri dari sejarah lampau dan menempa lembaran baru.
JIM berharap Datuk Seri Najib menjalankan pemerintahan dengan adil berlandaskan matan dan semangat Perlembagaan. JIM ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan itu telah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam sehingga hanya dengan memelihara agama Islam perlembagaan negara dapat dilaksanakan. Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan dirinya sebagai “undang-undang utama Persekutuan” [Perkara 4 (1)] mengukuhkan lagi kedudukan Islam kerana terkandung di dalam Perlembagaan itu, dan disebut terlebih dahulu bahawa, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. .” [Perkara 3 (1)]. Menurut Perlembagaan, “kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong...dan kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri” [Perkara 39]. Oleh itu Perdana Menteri sebagai ketua jemaah menteri, hendaklah menjalankan pemerintahan dengan memenuhi sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk “...taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri …mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..” [Jadual 4 Bahagian 1]. Oleh itu JIM berpandangan wajarlah Datuk Seri Najib menjadikan Islam sendi kepemimpinannya.
Melafazkan sumpah dengan menyeru nama Allah tiga kali adalah pengalaman yang syahdu. Ia mengingatkan tanggungjawab yang dipikul tidak dikongsi dengan orang lain. Itulah sebabnya para khalifah sentiasa memulakan pemerintahan mereka dengan mencari orang yang boleh membetulkan mereka jika mereka tersilap. Omar al-Khattab, khalifah yang kedua amat bersyukur ada sahabat yang sedia membetulnya walau dengan pedang. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib juga membuka ruang syura (consultation) yang luas dan mendengar teguran rakyat tanpa saringan.
Datuk Seri Najib mengambil alih teraju negara dalam suasana cabaran yang besar. Cabaran kemelesetan ekonomi dunia harus ditangani dengan mencari penyatuan kehendak politik (political will), kerjasama dan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan yang adil. Cabaran kepada kewibawaan diri Datuk Seri Najib sendiri, seperti yang berhubung dengan urusan pembelian kapal selam Scopene, isu yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan isu cubaan rasuah politik di Perak, hendaklah dijawab dengan menghilangkan sebarang rasa sangsi rakyat.. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib menjelaskan melalui saluran yang ada seperti di mahkamah atau kepada suatu suruhanjaya bebas. Berdiam diri atau mengambil tindakan menekan (suppression or repression) akan hanya mengesahkannya di dalam pemikiran rakyat.
alhamdulillah, pada 26 & 27 Jan 09 yang lalu, KBM EXCELLENCE dgn kerjasama Kelab Remaja JIM Kemaman telah mengadakan Program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) khas utk remaja sekitar daerah Kemaman bertempat di Institut Integriti Telok Kalong Kemaman. Mewakili KBM EXCELLENCE ialah abg bai, kak nina, abg fared & kak mia.
Program dimulakan dengan celoteh dan mind setting oleh abg bai, seramai 84 orang peserta telah mendaftar untuk bersama melalui pengembaraan KBM kali ini.
Turut membantu KBM kali ini ialah Fasiltator yang terdiri drpd abg-abg & kakak2 Karisma serta Mu'allim & Mu'allimah dari Al Amin Kemaman. Hampir 20 orang fasilitator yang membantu kali ini. Kesemuanya amat berbakat dan cemerlang belaka.
di antara aksi peserta, melakukan sesuatu yang barangkali jarang mereka lakukan, tetapi amat bermakna jika berjaya dilakukan.
Mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak, bermain pok amai-amai...
ini dia juara pok amai-amai peringkat daerah kemaman yang akan mewakili daerah ke peringkat Negeri :-)
Ini pula aksi beramai-ramai, pelbagai idea & persembahan yang cukup unik berjaya di berikan oleh peserta kali ini.
tidak kurang juga utk peserta yang bertudung labuh, berjaya mempamerkan aksi yang menarik & menyerlah jauh. Semua ini di lakukan semasa slot Knowing Me & Knowing You. Kemudian selepas zohor disambung pula dengan slot IN-TEAM. Pada sebelah malamnya diteruskan dengan Meniti Angin Malam 1 & 2.
Pada hari berikutnya, terdapat slot Selari, di mana terdapat Slot utk Ibu Ayah & slot utk peserta yang di asingkan tempatnya.
Kelihatan para ibu & bapa yang khusyuk mendengar perkongsian semasa slot " Menyemai Kasih Menuai Sayang " yang disampaikan oleh Abg Bai.
di sudut yang lain pula, peserta sedang bersama kak nina utk slot Time To Transform ( 3T ) atau lebih mudah dengan perkataan Hijrah.
di antara Resipi untuk mengekalkan hijrah ataupun perubahan yang telah kita gariskan adalah dengan berkongsi perubahan itu bersama sahabat2 kita. Kelihatan seorang peserta sedang berkongsi akan hijrah yang dilakarkan nya.
Barisan peserta yang telah bersedia utk bersama dengan ibu & ayah.
Beginilah kasih seorang ayah muda...
begini lah pula bukti seorang ayah Senior...
kasih Ibu & Ayah tiada berbelah bagi...
saya sayangkan emak....
Beginilah keadaannya apabila ibu & ayah peserta yang tidak dapat bersama dalam program ini, barangkali mereka ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.
inilah bukti kasih & sayang seorang ibu kepada anak2 nya...
di akhir sesi pertemuan, kami memberi peluang untuk peserta berkongsi tentang apa yang dirasai & apakah yang akan dilakukan selepas ini.
alhamdulillah, tepat jam 1.45 pm, pesawat KRJ telah pun berjaya mendarat dan berjaya menurunkan penumpang dengan selamatnya. Pihak kami mengucapkan syabas & tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menjadi peserta yang sangat taat & patuh kepada arahan juruterbang pesawat.
Di akhir program, kami juga telah mengadakan kutipan sumbangan utk palestine, dan jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 1105. Jazakumullahu khairan Kathira diucapkan atas sumbangan yang diberikan.
Assalamu’alaykum, sahabat-sahabat semua, Sedarkah kita, saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, kini sedang terbunuh dan tercedera dalam pengeboman dan hentaman serangan paling dahsyat yang pernah Israel lancarkan ke atas orang Palestin?
Tentera Israel telah mula menyerang dengan bom-bom roket udara pada hari Sabtu, 27 Disember 2008, kononnya hendak menghapuskan pengoperasian Hamas yang menghantar roket-roketnya ke dalam Israel.
Rakyat Gaza sejumlah 1.5 juta dikejutkan awal pagi Sabtu dengan serangan itu, yang meragut nyawa anak-anak kecil serta para wanita dalam masa kurang dari setengah jam. Satu dunia telah mengecam serangan Israel itu.
Perhimpunan tunjuk perasaan telah diadakan dihadapan kedutaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Jordan, rakyat Lebanon berhimpun dan menyalakan tayar-tayar kenderaan, pelarian Palestin di Syria juga mengadakan bantahan. Mesir telah membuka sempadan di Rafah untuk menerima orang Palestin yang cedera. Presiden European Union (E.U) telah menyeru agar Israel segera menghentikan serangannya ke atas Gaza. PBB pula menggesa Israel untuk mengelakkan kecederaan terhadap orang awam. Pertemuan kecemasan (emergency meeting) telah diadakan oleh semua Menteri Luar Negara negara-negara Arab.
Walaubagaimanapun, dunia dikejutkan lagi oleh serangan udara kedua pada hari Ahad, menjadikan jumlah yang terbunuh melebihi 270. Hospital-hospital di Gaza dipenuhi dan tidak dapat menanggung bilangan yang tercedera. Israel telah mempertahankan tindakannya, mengatakan Hamas menghantar roket-roket yang menggugat rakyatnya.
Ia juga mengugut untuk menghantar serangan tentera darat dengan memanggil 6,500 tentera simpanan untuk bersedia. Khaled Meshaal, pemimpin Hamas yang dibuang negeri ke Syria, telah menyeru Intifadhah ketiga dilancarkan dan berjanji untuk menyerang balas tindakan kejam Israel. Serangan Israel ini merupakan yang terdahsyat selama 60 tahun konflik Israel-Palestin. Hamas telah membalas dengan lebih 90 roket buatan sendiri yang membunuh seorang lelaki dan mencederakan rakyat Israel yang lain.
Perhimpunan tunjuk perasaan diadakan buat kali kedua di kebanyakan negara Islam seperti Jordan, Libya, Iraq, Mesir, Lebanon dan lain-lain. Hari ketiga, Isnin, jelas menunjukkan pendirian Israel yang ‘tak makan saham’ dengan tentangan serta bantahan dari kebanyakan negara dunia. Israel dengan tidak malunya mempertahankan lagi tindakannya dengan menyatakan bahawa tujuan mereka menyerang adalah untuk menghentikan operasi roket yang dilancarkan Hamas ke dalam Israel. Mereka berniat untuk meneruskan serangan beberapa hari lagi bagi menghapuskan kekuatan Hamas secara total.
Bahkan, mereka mengatakan bersedia untuk berterusan selama beberapa minggu dan menyasarkan bangunan-bangunan Hamas serta rumah-rumah pemimpinnya. Sementara itu, sebuah kumpulan di Indonesia telah mengisytiharkan akan menghantar 1,000 orang tentera untuk berjuang di Gaza. Ia akan memilih Muslim yang sihat fizikal, kuat iman, serta bersedia untuk mati syahid. Di Lebanon pula, Hizbullah berkata akan menyediakan tenteranya untuk menghadapi kemungkinan serangan Israel ke atas Lebanon.
Ketua Hizbullah menyokong kuat keputusan untuk Intifadhah ketiga. Puluhan ribu penunjuk perasaan telah berkumpul di Beirut bagi menyuarakan solidariti dengan rakyat Palestin. Pope Benedict di Rome juga mengecam keganasan di Gaza dan Majlis Keselamatan PBB menyeru agar segala serangan dihentikan. Israel telah menghentam rakyat dan bangunan-bangunan di Gaza dengan serangan udara menyebabkan kerosakan dan kehancuran yang teruk pada infrastruktur awam. Antara kehancuran yang terkesan adalah di Universiti Islam Gaza yang mana Israel mendakwa merupakan kubu kuat Hamas.
Terowong yang dikatakan menghantar bekalan senjata serta bantuan ke dalam Gaza juga telah dihancurkan oleh roket Israel. Israel mendakwa mereka berjaya mengurangkan jumlah serangan Hamas daripada 130 pada hari Ahad kepada hanya 20 pada hari Isnin. Penduduk Gaza sudahpun digegarkan dengan trauma fizikal dan mental serta percampuran perasaan takut, marah, geram dan sedih. Anak-anak kecil serta golongan lemah yang tidak bersalah turut terkorban dan cedera, memenuhi hospital-hospital Gaza.
Semenanjung yang kecil tetapi padat dengan rakyat Palestin itu menyebabkan ramai orang awam tercedera oleh roket-roket Israel. Sebuah kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan juga dihalang oleh tentera laut Israel. Sempadan Gaza dengan Mesir dihalang daripada dibuka oleh pihak berkuasa Mesir sehinggakan rakyat Gaza yang terdesak dan cemas tidak dapat melarikan diri daripada keadaan peperangan yang berlaku. Tindakan Mesir ini telah mendapat reaksi negatif daripada negara-negara Islam yang lain. Kereta-kereta kebal Israel telahpun disusun dan dibariskan di sempadan Gaza-Israel sebagai persediaan untuk melakukan operasi daratan.
Sesungguhnya, sahabat-sahabat sekelian, kita di sini dan mereka di sana. Memang benar. Namun ikatan ‘aqidah dan iman menghubungkan kita semua dalam sebuah pasukan, sebuah keluarga besar, satu ummah. Oleh itu, kita dianjurkan dengan desakan yang amat sangat agar sentiasa mendo’akan saudara-saudara kita di sana, agar diberi kekuatan, ketabahan dan keyakinan. Apabila derma kilat dijalankan, hendaklah kita menginfaqkan wang kita untuk membantu mereka. Dan yang paling penting, kuatkanlah hubungan kita dengan Allah dengan sentiasa mendekatiNya, dengan tadabbur ayat-ayatNya serta mengingati kematian adalah pasti.
Express your solidarity through any means possible!!
Allahu Akbar!!
Hubungi mana mana Pimpinan JIM Kemaman untuk maklumat lanjut mengenai Palestin.Jom Menyumbang!!